Your browser doesn't support javascript.
Show: 20 | 50 | 100
Results 1 - 1 de 1
Filter
Add filters

Language
Document Type
Year range
1.
Jurnal Pengurusan ; 64:1-15, 2022.
Article in English | ProQuest Central | ID: covidwho-1934769

ABSTRACT

Jururawat merupakan salah satu kepakaran dalam cabang bidang perubatan dan kesihatan yang mempunyai ahli yang paling ramai dalam bidang tersebut. Prestasi kerja jururawat merupakan penentu utama bagi kualiti penjagaan kepada pesakit. Memandangkan peningkatan bilangan pesakit yang dimasukkan ke hoisptal dan peningkatan permintaan oleh pesakit yang semakin tinggi jangkaannya, keperluan untuk mempertingkatkan prestasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan jururawat menjadi penting. Dengan menggunakan teori Conservation of Resources (COR), kajian ini berhasrat untuk memeriksa kesan amalan pengurusan sumber manusia yang dikenali sebagai sumber berasaskan organisasi (dalam bentuk penyertaan dan pampasan) terhadap prestasi kerja jururawat (tugas dan kontekstual) dengan motivasi sebagai pengantara. Analisis statistic dijalankan dengan menggunakan teknik Partial Least Squares (PLS) terhadap 354 data soal selidik dikutip daripada kalangan jururawat berkerja di Hospital awam Malaysia. Hasil dapatan dinyatakan bahawa keduadua amalan pengurusan sumber manusia memberi kesan secara langsung dan positif terhadap motivasi. Begitu juga, motivasi didapati mengantara perhubungan kedua-dua penyertaan dan pampasan dengan kedua-dua dimensi prestasi kerja (tugas dan kontekstual). Kajian ini telah memberi cadangan yangpenting kepada penyelia jurawat supaya memotivasi jurawat dengan menggalakkan mereka membuatn keputusan dan melibatkan diri dalam urusan hospital.Alternate :In a healthcare setting, nurses are the majority of healthcare specialists, thus making their job performance the key determinant of patient's care quality. Given the rising number of patients being admitted to public hospitals and the increasing demands imposed by patients and their higher expectations, the need to further improve nurses' performance and quality of service delivery becomes imperative. The Conservation of Resources (COR) theory is used to investigate the influence of human resource management methods (HRMPs), which represent organizational-based resources (in the form ofparticipation and compensation) on nurses 'job performance (task performance and contextual performance) with motivation as the mediator. Partial Least Squares (PLS) technique was used to analyse the data collected from 354 nurses attached with Malaysian public hospitals. The results disclosed that both HRMPs have direct and positive effects on motivation. Similarly, motivation mediated the link between involvement and compensation with task and contextual performance. Similarly, motivation mediated the link between involvement and compensation with task and contextual performance. This study has offered a vital recommendation to the nurse supervisors to motivate the nurses by giving more prospects for them to engage in making decisions and participating in hospital affairs.

SELECTION OF CITATIONS
SEARCH DETAIL